Saturday, January 28, 2006

Bila pena berbicara.....

Hari ini penulis keseorangan di rumah,apa taknya ahli bait yang lain berehlah ke Sinai. Sinai, Lembah yang sarat dengan sirah dakwah baginda Nabi Musa A.S. punya pengajaran yang amat banyak untuk bakal-bakal duat.Bila diteliti dalam-dalam,tepat tujuannya apabila persatuan-persatuan di sini menganjurkan lawatan ke tempat yang bersejarah ini,pada awal keberadaan adik-adik baru ke perlembahan Nil ini. Sekurang-kurangnya menyegarkan fikrah akan sirah dakwah para pesuruh Allah yang penuh ranjau dan onak tribulasi.Begitu juga,dengan mendaki bukit Tursina,kalau teman-teman ingat,itulah tempat dimana Nabi Musa A.S. berbicara dengan Rabbnya.Terbayang di fikiran penulis kata-kata sahabat lama ; hendak mendaki bukit tursina bukan kerja mudah,tak terkira keringat yang dikerah untuk sampai ke puncaknya.Di tambah lagi dengan kesejukan yang menyeliputi diri sepanjang pendakiannya.Ada yang berjaya sampai ke puncak ada juga yang gagal.Terkesan sungguh kata-kata di lubuk hati penulis.Walaupun tak berkesempatan untuk turut serta namun rasa diri ini seolah-seolah berada di sana.

Begitulah sunnah perjuangan. Pahit,payah, sukar dan kegagalan diumpamakan seperti garam dalam masakan atau gula dalam minuman. Sudah jadi satu kemestian begitu...Nah di situ indahnya kehidupan yang Allah aturkan buat pejuang-pejuang agamaNya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home