Monday, January 23, 2006

Mentajdid Rabbani Mendepani Massa

Salam ukhuwwah & mahabbah buat semua.

1 Comments:

Blogger IbnuAli said...

Sekali lagi usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) mendapat tentangan daripada umat Islam. Usaha itu adalah kesinambungan untuk merealisasikan hasrat yang lama terpendam. Kali pertama cadangan itu dikemukakan kepada publik tahun 2003.

Keengganan pertubuhan Islam menyertai kongres penubuhan IFC itu menunjukkan tentangan berterusan badan-badan dan juga institusi Islam negara ini ke atas cadangan berkenaan.

Cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada pertubuhan Islam. Signal pemboikotan kepada persidangan itu oleh pertubuhan Islam menunjukkan perwujudan IFC itu tidak diterima dan ditentang. Semua badan Islam yang diundang bersama 24 pertubuhan lain tidak menghadirinya.

Biarpun menteri kabinet sendiri (Dr. Rais Yatim) yang cuba membuka pintu kewarasan dan seolah memberi lampu hijau agar (umat Islam) turut sama berbincang atas alasan untuk mengetahui sedalam-dalamnya maksud penubuhan IFC, namun ia sama sekali tidak mempesonakan badan-badan Islam.

Mereka (badan Islam) begitu komited dan yakin dengan pandangan mereka bahawa penubuhan IFC akan menjejaskan kesucian agama Islam. Nampaknya pihak berkenaan yang beriya-iya untuk mewujudkan institusi itu tidak berjaya menembusi kekebalan iman umat Islam!

Kita tidak tahu apakah manfaat dan keperluan untuk mewujudkan badan berkenaan dalam konteks beragama di negara ini. Apakah masalah dan kekeliruan yang timbul di kalangan agama-agama di negara ini sudah sampai ke tahap meruncing? Ke peringkat menggagalkan kemajuan duniawi negara ini sehinggakan perlu ‘badan perundingan’ berkenaan?

Situasi ini kurang jelas dan dikelabui tanda tanya besar. Kerana kelangsungan kehidupan dan pembangunan negara selama ini di dalam keadaan baik. Pertikaian atau isu-isu agama tidak sampai ke peringkat yang boleh memecahkan perpaduan atau menggagalkan agenda pembangunan negara.

Tidak tahulah kalau perkara ini berlaku secara senyap umpama api di dalam sekam dan ianya hanya ada dalam pengetahuan pihak yang merasakan keperluan IFC itu diwujudkan sahaja.

Kalau sekadar kerana kita bimbang Barat menganggap kita pengkalan pengganas dengan tidak wujud majlis seperti itu, (seperti mana di Barat) ia tidak memberi apa-apa manfaat. Kita tidak perlu menuruti kehendak Barat yang sudah pasti akan memberi keuntungan kepadanya.

Yang jelasnya kebebasan beragama yang dipraktikkan di negara ini sudah cukup liberal dan terbuka. Perletakan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan negara tidak sama sekali menghalang agama lain bergerak bebas. Hakikat dan rasional ini perlu difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak.

Dari segi pengembangan agama, kedudukan agama lain juga adalah sama rata dengan Islam meskipun dalam urusan perlembagaan agama lain berada diurutan di bawah. Namun hakikat sebenarnya kedudukan itu sama. Yang jelasnya kerajaan tidak sesekali menghalang pergerakan agama lain kecuali ianya melampau dan melintasi sempadan yang dibataskan seperti mana yang dicatat dalam kontrek sosial.

Belum ada sekatan dilakukan ke atas mana-mana penganut agama untuk mengamalkan ajaran mereka. Malahan setengah agama secara terang mencabuli hak dan juga keistimewaan agama Islam. Sebagai contohnya seperti dalam kes-kes murtad!

Namun di dalam kes-kes murtad sering kali berlaku agama Islam ‘kalah’ dan tidak terlawan dengan agama lain. Ini semua ialah kerana kedudukan mereka yang dilindungi dan dijamin oleh perlembagaan di dalam Artikel 11.

Justeru di dalam hal ini dirasakan keperluan perwujudan IFC bukan sangat demi membawa semangat seperti mana yang dikemukakan itu, namun ia ada mempunyai agenda lain tersembunyi. Jika dilihat dari sudut untung dan ruginya Islam ia adalah sebagai satu lagi jalan ke arah mengliberalkan pengamalan agama di negara ini di mana kesannya merugikan Islam.

Kebenaran membebaskan amalan beragama dan sikap terlalu toleransi atas kepentingan politik di negara ini dilihat tidak banyak menguntungkan agama Islam di negara ini?

Dalam hubungan ini (IFC) itu amat merbahaya kepada kedudukan dan keistimewaan agama Islam. IFC akan menjadi ancaman kepada Islam di mana ia lama-kelamaan akan mengganggui urusan agama Islam menerusi bidang kuasa yang ada kepadanya.

Pada masa itu kalau IFC bersuara atau memberi pandangan ia tidak mungkin boleh ditolak kerana kewujudannya diiktiraf oleh perlembagaan negara. Perlembagaan akan digunakan sebagai alasan dan benteng mempertahakan apa-apa yang bakal disuarakan oleh IFC atas maksud nasihat atau memberi pandangan.

Dalam konteks amalam dan tradisi negara ini, pada sesetengah bab, perlembagaan negara berada di makam lebih tinggi dan dihormati daripada kedudukan agama Islam sendiri.

Dalam memahami kenapa kewujudan dan fungsi IFC sebegitu itu perlu ditolak ialah kerana untuk menjamin kesucian dan keagungan agama Islam. Dalam sudut agama (Islam) setiap hukuman yang ditetapkan itu ia tetap dan tidak boleh diubah meskipun kesannya bertentangan dengan naluri manusia.

Sementara pandangan atau ‘hukum’ bakal dijatuhi oleh IFC kelak ia tentu lebih bersifat kemanusiaan yang berlandaskan kepada akal fikiran yang lemah.

Komplikasi ini nanti timbul kebimbangan dengan wujudnya IFC – ia boleh menjejaskan undang-undang Islam. Sudah tentu apabila IFC diwujudkan segala pertelingkahan/kekeliruan agama khasnya bersabit undang-undang akan dirujuk kepada IFC. Sebagai badan yang diiktiraf oleh kerajaan, IFC akan berada di atas daripada majlis/undang-undang agama.

Selalu berlaku di negara kita sesuatu perkara yang melibatkan di antara kaum akan dirujuk kepada perlembagaan dan bukannya hukum agama walaupun hal itu terang-terangan melibatkan agama.

Sebagai contoh, apabila Pas ingin melaksanakan hukum hudud seperti mana yang dijelaskan di dalam al-Quran, ia dipertikaikan kerana semangat hudud itu bertentangan dengan kehidupan masyarakat majmuk dan naluri manusia negara ini.

Natijahnya undang-undang hudud Pas berkenaan (yang berlandaskan kepada Islam?) di pandang sepi dan terus disindir dengan pelbagai analogi yang tidak sepatutnya.

Sementara itu di dalam konteks hari ini saya tidak nampak IFC berkepentingan menyelesaikan kekeliruan di antara agama yang ada. Tetapi ianya tampak lebih cenderung dan lebih terarah bagi menyelesaikan masalah penganut Islam dengan agama lain.

Ini kerana kebanyakan kekeliruan berhubung antara agama ianya banyak berlaku di antara agama Islam dengan agama-agama lain. Faktor ini berlaku kerana setiap undang-undang (hukum) di dalam Islam itu tetap dan tidak boleh diubah dengan apa juga cara sekalipun.

Apabila IFC berfungsi nanti dan menjadi bahan rujukan untuk menyelesaikan apa-apa perkara, saat inilah nanti kedudukan Majlis Agama, Mufti, malahan Majlis Fatwa Kebangsaan akan berada di bawah ICM. Inilah yang dibimbangkan oleh aktivis dan pencinta Islam. Umat Islam tidak mahu kedudukan dan martabat institusi keagamaan yang sedia ada dapat dirubah atau dikuasai oleh badan berkenaan.

Justeru semua pihak dan khususnya pihak yang beriya mewujudkan badan itu perlu akur dan menyedari hakikat ini. Mereka tidak perlu mengusahakan IFC berlandaskan profesionalisme mereka semata-mata tanpa mengambil kira ketulenan dan keaslian kesucian Islam.

Apa lagi sekadar memflagiatkan apa yang wujud di Barat atau sekadar untuk meng’upgred’kan standard negara ini dengan adanya IFC itu, ia tidak memberi apa-apa makna. Ia bukan sahaja tidak relevan tetapi bercanggah dengan prinsip Islam sebenar.

Saya sama sekali tidak nampak perwujudan IFC itu akan meyelesaikan masalah agama yang timbul di antara agama di negara ini. Kalau keperluannya untuk menyelesaikan masalah tanggapan pengganas oleh Barat ia juga sangat naif dan dangkal sekali.

Kita merasa dukaciata kepada beberapa individu yang mengakui penganut Islam tetapi tidak memahami kepentingan Islam sebagai ad-din. Malahan mereka juga nampaknya cuba membuka minda rakyat negara ini agar menerima cadangan berkenaan. Ini termasuklah Rais Yatim sendiri.

Hal-hal polemik mengenai pewujudan IFC yang tidak ada guna itu sewajarnya juga ditutup dan usah memberi lowongan untuknya. Sebagai seorang menteri mendokong kerajaan ‘Islam Hadhari’, Rais mesti memahami prinsip Islam Hadhari secara luas berdasarkan prinsip al-Quran dan al-Hadith dan bukannya pertimbangan politik rencam dan akal.

Barang kali di sinilah kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa Islam Hadhari itu mengeliru dan menyesatkan kerana ia telah pun terbukti dengan pandangan Rais mengenai kepentingan IFC itu yang dibuat menerusi landasan Islam Hadhari. Rais secara isengan mengambil Islam Hadhari sebagai acuan untuk menyokong keperluan IFC itu!

10:42 PM  

Post a Comment

<< Home