Saturday, February 18, 2006

PERHATIAN!!!!

kini ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU,PENULIS TELAH BERPINDAH SEPENUHNYA KE WEBLOG INI.

www.tinta-mujahid.blogspot.com

HARAP MAKLUM.

Friday, February 17, 2006

Untukmu Teman...

Bingkisan dari seorang teman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,

Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul mu
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia kerana Allah,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya

Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang marak menyala?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa

Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tidak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,

Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak bersua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakanI love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,

Dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian

Kalau ada jodoh tidak ke mana..
Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang marak itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Ayuhlah teman

Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah
Andai DIA tidak mendengar rintihanMu,
Engkau akan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau akan tak keruan
Andai doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..

Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!

Sunday, February 05, 2006

Apa sebenarnya yang dituntut IFC???

Isu berkaitan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sering bermain difikiran penulis di kala ini. Situasi ini semakin diburukkan lagi dengan 'havoc'nya satu negara,Malaysia dengan beberapa isu Mahkamah Syariah yang seolah-olah usaha mempercepatkan lagi penubuhannya. Tiada jaminan khusus dari pihak kerajaan,berkaitan IFC. Ini kerana jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri hanya sekadar 'tangguh' bukan 'tidak'. Pembaca boleh 'klik' terus ke ruangan komen artikel penulis bertajuk "Mentajdid Rabbani Mendepani Massa" untuk keterangan lanjut berkaitan IFC. Penulis sekadar ingin menyatakan di sini tuntutan-tuntutan sebenar IFC sekiranya penubuhan suruhanjaya ini yang menggoncang jiwa umat Islam Malaysia terlaksana.

Tuntutan-tuntutan IFC

1. Setiap anak yang lahir dalam keluarga Islam tidak secara otomatik Islam sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun (umur yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bebas memilih agama)
2. Apabila seseorang itu mencapai umur 18 tahun,dia berhak memilih anutannya sendiri,dan mereka yang menghalang akan dikenakan tindakan undang-undang (walaupun ahli keluarga sendiri).
3. Perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan milik seorang yang beragama Islam.
4. Kes murtad atau tukar agama boleh di baca dan didengar di Mahkamah Sivil.
5. Semua agama selain Islam bebas mengajar kepercayaan mereka di sekolah-sekolah milik kerajaan.
6. Semua agama selain Islam dibenar menubuhkan persatuan agama masing-masing di sekolah-sekolah milik kerajaan.
7. Kitab bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu bebas disebar luaskan ke khalayak umum.
8. Seseorang yang murtad daripada Islam boleh mewarisi harta peninggalan ahli keluarga yang beragama Islam.
9. Kerajaan diminta menyediakan peruntukan khas kepada bukan Islam untuk tujuan pembinaan dan seliaan rumah ibadat mereka.
10. Semua agama selain Islam diberi hak membina rumah ibadat di mana-mana sahaja walaupun di atas tanah milik Islam.
11. Sebarang program Islam di media massa berkaitan agama lain mesti dihentikan seperti Al-Hidayah.
12. Semua agama diberi hak menyebar kepercayaan mereka di media massa.
13. Hak penjagaan anak diberi kepada orang bukan Islam,sekiranya salah seorang daripada keduanya memeluk Islam.
14. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Dalam masa yang sama, orang Islam boleh memeluk agama pasangan mereka.
15.Pembayaran zakat tidak mengecualikan orang Islam daripada membayar cukai pendapatan.
16.Hasil zakat perlu juga diberikan kepada orang bukan Islam.

Sewajarnya tuntutan-tuntutan ini mendapat perhatian dan tindakan seluruh Umat Islam Malaysia. Tanggungjawab kita untuk menghalang penubuhan suruhanjaya ini atau sebarang usaha-usaha ke arah itu. Tindakan yang telah dilakukan oleh NGO Islam sebelum ini yang mempertahankan Perkara 121 (1A) seharusnya dipuji dan disertai oleh seluruh rakyat beragama Islam. Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dan mulia dari Islam.

Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan???

Assalamualaikum

Inilah yang dapat kita jawab jika berdebat dengan non-muslim atau orang Islam (jahil) tentang Artikel 121 (1A)

Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?

Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?

Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.
Malah dalam satu kes, Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan: "Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law."
Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu. Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.

Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?

Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.

Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?

Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?

Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?" Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.

Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?

Mohamad Abdullah atau M.Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam.
Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar." Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak.
Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan "sebab" untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC (Inter Faith Councul) dan sekutu mereka. "They are playing the cards now".
Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?

Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.
Apa yang terbaik sebenarnya? Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal. Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.
Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu. Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya. Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.

Kata-kata akhir?

Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam. Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi. Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam. Dan usaha pembaikan itu perlu dilakukan secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia. Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.