Sunday, February 05, 2006

Apa sebenarnya yang dituntut IFC???

Isu berkaitan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sering bermain difikiran penulis di kala ini. Situasi ini semakin diburukkan lagi dengan 'havoc'nya satu negara,Malaysia dengan beberapa isu Mahkamah Syariah yang seolah-olah usaha mempercepatkan lagi penubuhannya. Tiada jaminan khusus dari pihak kerajaan,berkaitan IFC. Ini kerana jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri hanya sekadar 'tangguh' bukan 'tidak'. Pembaca boleh 'klik' terus ke ruangan komen artikel penulis bertajuk "Mentajdid Rabbani Mendepani Massa" untuk keterangan lanjut berkaitan IFC. Penulis sekadar ingin menyatakan di sini tuntutan-tuntutan sebenar IFC sekiranya penubuhan suruhanjaya ini yang menggoncang jiwa umat Islam Malaysia terlaksana.

Tuntutan-tuntutan IFC

1. Setiap anak yang lahir dalam keluarga Islam tidak secara otomatik Islam sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun (umur yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bebas memilih agama)
2. Apabila seseorang itu mencapai umur 18 tahun,dia berhak memilih anutannya sendiri,dan mereka yang menghalang akan dikenakan tindakan undang-undang (walaupun ahli keluarga sendiri).
3. Perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan milik seorang yang beragama Islam.
4. Kes murtad atau tukar agama boleh di baca dan didengar di Mahkamah Sivil.
5. Semua agama selain Islam bebas mengajar kepercayaan mereka di sekolah-sekolah milik kerajaan.
6. Semua agama selain Islam dibenar menubuhkan persatuan agama masing-masing di sekolah-sekolah milik kerajaan.
7. Kitab bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu bebas disebar luaskan ke khalayak umum.
8. Seseorang yang murtad daripada Islam boleh mewarisi harta peninggalan ahli keluarga yang beragama Islam.
9. Kerajaan diminta menyediakan peruntukan khas kepada bukan Islam untuk tujuan pembinaan dan seliaan rumah ibadat mereka.
10. Semua agama selain Islam diberi hak membina rumah ibadat di mana-mana sahaja walaupun di atas tanah milik Islam.
11. Sebarang program Islam di media massa berkaitan agama lain mesti dihentikan seperti Al-Hidayah.
12. Semua agama diberi hak menyebar kepercayaan mereka di media massa.
13. Hak penjagaan anak diberi kepada orang bukan Islam,sekiranya salah seorang daripada keduanya memeluk Islam.
14. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Dalam masa yang sama, orang Islam boleh memeluk agama pasangan mereka.
15.Pembayaran zakat tidak mengecualikan orang Islam daripada membayar cukai pendapatan.
16.Hasil zakat perlu juga diberikan kepada orang bukan Islam.

Sewajarnya tuntutan-tuntutan ini mendapat perhatian dan tindakan seluruh Umat Islam Malaysia. Tanggungjawab kita untuk menghalang penubuhan suruhanjaya ini atau sebarang usaha-usaha ke arah itu. Tindakan yang telah dilakukan oleh NGO Islam sebelum ini yang mempertahankan Perkara 121 (1A) seharusnya dipuji dan disertai oleh seluruh rakyat beragama Islam. Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dan mulia dari Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home